Sunday, 15 November 2015

MYSILAT MYFEST 2015

OLEH : ABANG TEHA HENSEM
KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2015–SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI MALAYSIA berjaya melakar sejarah negara apabila berjaya mencipta satu rekod baharu GUINNESS WORLD RECORDS bagi rekod Largest Silat Lesson (pembelajaran silat terbesar) dengan penyertaan seramai 12,393 pesilat dari seluruh dunia di Stadium Merdeka.  Program bersejarah ini dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.  Turut hadir bersama adalah Ms. Fortuna Burke dari United Kingdom, juri GUINNESS WORLD RECORDS yang telah mengesahkan rekod rasmi Largest Silat Lesson seramai 12,393 peserta itu.  Disamping mencipta rekod tersebut, Silat Cekak Pusaka Hanafi juga memecahkan pencapainnya dalam Malaysia Book of Records bagi kategori Persembahan Silat Terbesar dan Persembahan Silat Wanita Terbesar.  Dengan segala kejayaan yang telah diperoleh ini menunjukkan bahawa silat bukan sahaja mengajar seni bela diri tetapi mampu untuk menyatu padukan semua orang dengan tema Satu Suara Satu Hati.  29 0gos 2015 adalah hari bersejarah buat pengamal seni silat cekak pusaka ustaz hanafi kerana dengan pelbagai rintangan dan kesusahan dalam mencipta rekod dunia akhirnya usaha yang dilakukan membuahkan hasil apabila berjaya memecahkan 3 rekod dalam masa sehari.  Selain daripada mensasarkan ciptaan Rekod Dunia pembelajaran silat terbesar ini juga adalah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-58 dan juga sambutan 50 Tahun Silat Cekak. Persatuan seni silat cekak pusaka ustaz hanafi politeknik sultan haji ahmad shah (PSSCPUHP) tidak ketinggalan bagi menjayakan hari bersejarah tersebut. Pihak persatuan seni silat cekak pusaka ustaz hanafi polisas telah menghantar seramai 105 pesilat bagi bersama-sama mencipta rekod dunia.



 Dari kiri YB Khairy Jamaluddin, mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, guru utama silat cekak pusaka ustaz hanafi Ym Syeikh Dr Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi. Turut hadir bersama adalah Ms. Fortuna Burke dari United Kingdom, juri GUINNESS WORLD RECORDS yang telah mengesahkan rekod rasmi Largest Silat Lesson seramai 12,393 peserta itu



Para pesilat silat cekak pusaka ustaz hanafi bersedia bagi memecahkan record dunia bagi kategori the largest silat lesson.









Para pesilat politeknik sultan haji ahmad shah meraikan kejayaan setelah berjaya mencipta nama dalam buku record dunia bagi kategori the largest silat lesson.



Tahniah Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah !