Friday, 2 September 2016

MAJLIS IJAZAH PERINGKAT NEGERI PAHANG SEPTEMBER 2016

OLEH : JOHAN CORP.


Alhamdulillah , syukur dipanjatkan  kepada illahi, berlangsungnya majlis ijazah ahli baru bagi kelas Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah pada 28 Ogos 2016 bertempat di Masjid Saidina Abu Bakar POLISAS. Program ini berlangsung seawal jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.




Seramai 106 orang peserta dari kelas latihan Kolej University Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Dan Smk Seri Mahkota Turut Serta Pada Program Ini. 















Thursday, 7 April 2016

LATIHAN BERPUSAT KONTIGEN WAJADIRI PAHANG 2016

OLEH : KEROPOK NANGKA


Alhamdulillah , syukur dipanjatkan  kepada illahi pada tahun ini Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Polisas dipilih sekali lagi sebagai tuan rumah bagi program latihan berpusat kontigen negeri Pahang 2016. Program ini berlangsung pada 19 Mach 2016 bertempat di Dewan Seri Makmur Polisas. Program ini berlangsung seawal jam 7 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.


Program ini diadakan bertujuan sebagai persiapan akhir bagi peserta wajadiri bagi kelas-kelas latihan yang terlibat, disamping itu juga ianya bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dikalangan ahli-ahli silat cekak pusaka hanafi di negeri Pahang ini. Bagi wajadiri kebangsaan peringkat ipt dan sekolah pada tahun 2016 ini, ianya akan diadakan di stadium tertutup titiwangsa pada 26 mach nanti.


Seramai 85 orang peserta dari kelas latihan Kolej University Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah Dan Smk Seri Mahkota Turut Serta Pada Program Ini. Diantara intipati program ini dikongsikan juga pengalaman jurulatih yang pernah menjadi juri dimana elemen keaslian dan kaedah amat penting bagi mendapatkan mata pada acara yang sebenar nanti.




















Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat :)








Sunday, 15 November 2015

MYSILAT MYFEST 2015

OLEH : ABANG TEHA HENSEM
KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2015–SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI MALAYSIA berjaya melakar sejarah negara apabila berjaya mencipta satu rekod baharu GUINNESS WORLD RECORDS bagi rekod Largest Silat Lesson (pembelajaran silat terbesar) dengan penyertaan seramai 12,393 pesilat dari seluruh dunia di Stadium Merdeka.  Program bersejarah ini dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.  Turut hadir bersama adalah Ms. Fortuna Burke dari United Kingdom, juri GUINNESS WORLD RECORDS yang telah mengesahkan rekod rasmi Largest Silat Lesson seramai 12,393 peserta itu.  Disamping mencipta rekod tersebut, Silat Cekak Pusaka Hanafi juga memecahkan pencapainnya dalam Malaysia Book of Records bagi kategori Persembahan Silat Terbesar dan Persembahan Silat Wanita Terbesar.  Dengan segala kejayaan yang telah diperoleh ini menunjukkan bahawa silat bukan sahaja mengajar seni bela diri tetapi mampu untuk menyatu padukan semua orang dengan tema Satu Suara Satu Hati.  29 0gos 2015 adalah hari bersejarah buat pengamal seni silat cekak pusaka ustaz hanafi kerana dengan pelbagai rintangan dan kesusahan dalam mencipta rekod dunia akhirnya usaha yang dilakukan membuahkan hasil apabila berjaya memecahkan 3 rekod dalam masa sehari.  Selain daripada mensasarkan ciptaan Rekod Dunia pembelajaran silat terbesar ini juga adalah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-58 dan juga sambutan 50 Tahun Silat Cekak. Persatuan seni silat cekak pusaka ustaz hanafi politeknik sultan haji ahmad shah (PSSCPUHP) tidak ketinggalan bagi menjayakan hari bersejarah tersebut. Pihak persatuan seni silat cekak pusaka ustaz hanafi polisas telah menghantar seramai 105 pesilat bagi bersama-sama mencipta rekod dunia.



 Dari kiri YB Khairy Jamaluddin, mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, guru utama silat cekak pusaka ustaz hanafi Ym Syeikh Dr Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi. Turut hadir bersama adalah Ms. Fortuna Burke dari United Kingdom, juri GUINNESS WORLD RECORDS yang telah mengesahkan rekod rasmi Largest Silat Lesson seramai 12,393 peserta itu



Para pesilat silat cekak pusaka ustaz hanafi bersedia bagi memecahkan record dunia bagi kategori the largest silat lesson.









Para pesilat politeknik sultan haji ahmad shah meraikan kejayaan setelah berjaya mencipta nama dalam buku record dunia bagi kategori the largest silat lesson.



Tahniah Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah !